Tasik-tasik best di Switzerland


Tasik Geneva (c)rashidisaid
Switzerland memang mempesonakan disebabkan pemandangan yang penuh dengan pergunungan. Jika sebelum ini saya dah kongsi tentang gunung-ganang Switzerland, kali ini nak kongsi dengan korang tentang tasik pula. Seperti juga gunung, Switzerland tidak bermakna tanpa tasik. Tasik adalah sumber air utama populasi Switzerland disebabkan Switzerland adalah negara daratan (landlocked) tidak mempunyai laut. Sebab itu rakyat Switzerland sangat-sangat memelihara tasik diorang dari tercemar. Nak nampak sampah terapung dalam tasik pun susah. Switzerland memiliki kira-kira 7,000 buah tasik yang mana 103 darinya adalah tasik bersaiz besar. Ini antara tasik yang best yang korang boleh melawat, santai, duduk, baring, lelap, makan, berkelah, ambil selfie dan wefie, mandi, berjemur, menaiki bot dan sebagainya. Memang indah dengan pemandangan pelbagai tasik yang menakjubkan.

Tasik Geneva atau Lac Léman dalam Bahasa Perancis

Tasik Geneva sepanjang 100km (c)rashidisaid
Tasik ini dikongsi oleh dua buah negara iaitu Switzerland dan Perancis. Oleh itu, ia adalah tasik yang terbesar di Perancis dan Switzerland dengan keluasan kira-kira 558km persegi. Cukup besar menjangkau dari bandar Geneva sehingga ke Montreux iaitu lebih kurang dari Kuala Lumpur ke Slim River. Tasik ini dikelilingi oleh bandar-bandar kecil seperti Versoix, Coppet, Nyon, Morges, Montreux, Evian (Perancis) dan lain-lain. Di sebelah kiri tasik membelakangi Banjaran Jura dan di sebelah kanan membelakangi Banjaran Alps. Pada musim panas korang lepaklah tepi tasik sehingga pukul 9 malam kerana waktu siang yang panjang atau air cukup bersih untuk korang mandi. Jika korang tinggal di hotel-hotel atau BnB sekitar bandar Geneva, korang boleh berjalan kaki di tepi tasik dari bandar lama Geneva sehingga ke bangunan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), kira-kira 2 km.

Tasik Lucerne

Tasik Lucerne
Tasik Lucerne adalah sebuah tasik di tengah Switzerland dan keempat terbesar di negara ini. Seluruh tasik mempunyai keluasan 114 km persegi pada ketinggian 434 meter (1,424 kaki) dan kedalaman maksimum 214 meter (702 kaki). Sebilangan besar tebing tasik naik tajam ke gunung hingga 1,500 meter di atas permukaan tasik, menghasilkan banyak pemandangan indah termasuk gunung Rigi dan Pilatus.

Terdapat banyak perjalanan kapal wap atau engin yang tersedia di Tasik Lucerne sepanjang 38 km. Perjalanan dengan kapal adalah kaedah terbaik untuk menikmati kawasan yang indah dengan kadar yang perlahan. Bot mempunyai bahagian kelas pertama dan kedua. Kelas pertama biasanya di tingkat atas. Terdapat juga restoran atau bistro di atas kapal. Kalau tak nak naik kapal pun boleh. Boleh berjalan di sekitar tasik di bandar. Lalulah di atas jambatan kayu yang tertua di Eropah di atas tasik.

Tasik Lugano

Tasik Lugano
Tasik Lugano bersempadan dengan Itali. Tasik Lugano adalah kawasan perairan yang indah yang dinamai sempena bandar Lugano, sebuah bandar cantik di bahagian Switzerland yang berbahasa Itali. Korang kalau dah alang-alang ke Factory Outlet Fox Town tu jangan lupa singgah ke sini. Korang kalau malas berjalan boleh juga naik bot yang menawarkan perjalanan yang menarik ke tempat-tempat di sekitar tasik, termasuk perkampungan Gandria yang bersejarah dan indah. 



Tasik Thunesee

Tasik Thun
Sebuah tasik Alpine yang terletak di tengah-tengah Bernese Oberland. Thunersee adalah satu antara dua tasik di Interlaken yang berlatar belakangkan pergunungan yang mengagumkan yang mengelilinginya dan kampung-kampung kuno di sepanjang tebingnya. Bandar Thun, dari mana tasik mengambil namanya mempunyai istana besar yang dulu merupakan Bandar Lama abad pertengahan yang bersejarah. Di Thun juga ada 12 gereja indah yang semuanya dibina pada abad pertengahan. Di bandar lama juga ada sebuah jambatan kayu lama bertutup yang korang boleh lawati.



Tasik Constance

Tasik Constance
Tasik Constance berukuran 64 km panjang dan 12 km lebar adalah tasik ketiga terbesar di Eropah Tengah. Ia bersempadan dengan Jerman, Switzerland, Liechtenstein dan Austria. Pesisirnya terletak di negara-negara Jerman Bavaria dan Baden-Württemberg, kanton Swiss St. Gallen, Thurgau, dan Schaffhausen, dan negara Austria Vorarlberg. Sungai Rhine mengalir ke tasik dari selatan, dengan jalan asalnya membentuk perbatasan Austro-Swiss, dan aliran keluarnya di Tasik Bawah di mana - kecuali Schaffhausen - ia membentuk sempadan Jerman-Swiss hingga kota Basel. 

Tasik Blausee

Tasik Blausee (c)rashidisaid
Ini antara tasik kegemaran saya walaupun hanya bersaiz kecil. Apa yang sangat menarik dan unik tentang tasik Blausee adalah warna airnya yang kebiruan dan jernih, yang mempunyai sumbernya di mata air bawah tanah. Ia juga adalah salah satu tasik gunung yang terkenal di Switzerland. Ia terletak di tengah-tengah taman alam (natural park) seluas 20 hektar dengan pemandangan yang terbentuk oleh lereng batu yang membawa kepada takungan air dan kemudiannya penciptaan tasik.

Tasiknya yang cantik memang menjadi tarikan pelancong tempatan dan pelancong luar sejak dulu. Satu lagi kelebihan Blausee adalah ia mudah diakses kerana hanya ditepi jalan besar. Banyak aktiviti boleh dibuat di sini seperti trekking, berkelah dan BBQ. Terdapat sebuah hotel dengan spa di tepi tasik, dan di sebelahnya terdapat sebuah kolam ikan trout organik. 

Tasik Zurich

Tasik Zurich 
Tasik Zurich yang bengkok dan hampir berbentuk pisang dibingkai di sisi selatan oleh bukit Albis dan Zimmerberg dan di utara oleh rantaian bukit Pfannenstiel. Tasik ini bersempadan dengan kanton Zurich, St.Gallen dan Schwyz. Di hujung barat terletak Zurich, bandar terbesar di Switzerland. Walaupun, pada masa lalu, tasik ini merupakan jalan utama untuk lalu lintas dan pengangkutan, hari ini merupakan tempat yang terkenal pelancongan.

Di hujung timur tasik adalah "kota mawar" Rapperswil. Di kebun awam di sini, korang akan menemui lebih daripada 15,000 semak mawar yang mekar, daripada lebih daripada 600 jenis yang berbeza. Tempat-tempat popular untuk dikunjungi di sekitar Tasik Zurich termasuk banyak kawasan berenang, Alpamare di Pfäffikon - taman air tertutup terbesar di Eropah - pulau-pulau Ufenau dan Lützelau berhampiran Rapperswil, jambatan kayu di seberang tasik antara Rapperswil dan Hurden, gereja Baroque di Lachen, kilang coklat Lindt & Sprüngli yang terkenal di Kilchberg dan bandar Zurich.

Ada banyak lagi tasik-tasik cantik di Switzerland yang boleh korang terokai. Tapi ini yang menjadi kegemaran pelancong sebab mereka dekat dengan bandar-bandar utama seperti Zurich, Interlaken, Lausanne, Geneva dan Lugano disebabkan akses yang mudah.

Comments

Popular posts

Ingin mengembara ke Switzerland?

Pemandangan Switzerland dari langit Switzerland memang menjadi idaman mereka yang kaki melancong. Cantik dengan gunung-ganang dan tasik-tasik. Switzerland bukan sahaja popular dengan cokelat dan keju, tetapi Switzerland juga menjadi lokasi penggambaran filem-filem hebat antarabangsa -- Sangam; The Sound of Music; James Bond; Diwale; Crash Landing on You; video clip lagu " Jackpot " oleh Bastian Baker dannnn banyak lagi!! Saya hanya mampu berkongsi dengan rakan-rakan agar sedikit sebanyak dapat memberi gambaran  mengenai bumi Switzerland. Jauh sekali coretan saya yang hanya beberapa ribu perkataan ini dapat menandingi pengalaman anda sendiri di sana. Saya hanya dapat membantu memberi panduan dengan menulis. Pengalaman anda sendiri di Switzerland jauh lebih berharga. Jom! Saya banyak menerima pertanyaan dari rakan-rakan mengenai Switzerland. Terutamanya rakan-rakan di Malaysia. Antara soalan yang popular: (1) Apakah tempat menarik yang harus saya lawati di Switzer

Tasik-tasik best di Switzerland

Tasik Geneva (c)rashidisaid Switzerland memang mempesonakan disebabkan pemandangan yang penuh dengan pergunungan.  Jika sebelum ini saya dah kongsi tentang gunung-ganang Switzerland, kali ini nak kongsi dengan korang tentang tasik pula. Seperti juga gunung, Switzerland tidak bermakna tanpa tasik. Tasik adalah sumber air utama populasi Switzerland disebabkan Switzerland adalah negara daratan (landlocked) tidak mempunyai laut. Sebab itu rakyat Switzerland sangat-sangat memelihara tasik diorang dari tercemar. Nak nampak sampah terapung dalam tasik pun susah. Switzerland memiliki kira-kira 7,000 buah tasik yang mana 103 darinya adalah tasik bersaiz besar . Ini antara tasik yang best yang korang boleh melawat, santai, duduk, baring, lelap, makan, berkelah, ambil selfie dan wefie, mandi, berjemur, menaiki bot dan sebagainya. Memang indah dengan pemandangan pelbagai tasik yang menakjubkan. Tasik Geneva atau Lac Léman dalam Bahasa Perancis Tasik Geneva sepanjang 100km (c)ras

10 gunung di Switzerland yang best!

Creux du Van. (c) rashidisaid Jika setiap hari mendaki sebuah gunung di Switzerland, tempoh setahun masih belum mencukupi untuk menakluki semua gunung di Switzerland. Mungkin 2 tahun atau lebih. Begitulah gambaran bilangan gunung di Switzerland. Terdapat kira-kira 450 buah gunung di seluruh Switzerland yang terletak di sebelah kiri Banjaran Jura dan di sebelah kanan Banjaran Alps. 450 gunung ini mencakupi kira-kira 2/3 bentuk muka bumi Switzerland. Di tengah-tengah pula terbentang luas bukit-bukau Switzerland. Itu belum masuk lagi kira-kira 7,000 buah tasik (103 darinya adalah tasik bersaiz besar). Nanti kita cerita tentang tasik dan gunung ini. Bagaimana gunung dan tasik ini menjadi daya tarikan pelancong dari seluruh dunia untuk aktiviti-aktiviti seperti mendaki, "jungle trekking", berbasikal (gunung dan jalanan), mengembara dengan motosikal, aktiviti ski dan lain-lain. Banjaran ini dikongsi oleh 8 buah negara Eropah: Perancis, Monaco, Switzerland, Itali, Liechtenstein,