Dari Newark ke Edinburgh


Pastikan peralatan dalam keadaan baik
Musim Panas :: Newark-Notthinghamshire. Persiapan telah dibuat untuk perjalanan ke Edinburgh--peta; "Travel guide book" Scotland dan Edinburgh; kamera; dan lens dalam keadaan baik. 
Di kemuncak Arthur's Seat
Dari rumah Khairizan @Soul di Newark, kami memulakan perjalanan ke utara UK. Tempat yang dituju adalah kota Edinburgh, ibu negeri Scotland. Bertolak pada awal pagi dalam jam 9.00. Perjalanan yang mengambil masa kira-kira 6 jam sejauh 430km yang melalui bandar-bandar kecil. Edinburgh adalah bandar yang kami paling gemari di UK! It is a must visit place. Bandar yang cantik dan seakan boleh rasa damainya. Rasa macam tidak mahu balik! Kalau balik hendak datang lagi. Dalam hati "kalau sambung belajar di sini pun seronok juga--University of Edinburgh", "kalau pejabat di sini tidak di tutup dulu kan seronok". Jiwa penuh dengan angan-angan yang cukup jauh. Begitulah rasanya sambil menghirup udara segar Arthur's Seat.


Berhenti rehat dalam perjalanan ke Edinburgh
Berhenti rehat dalam perjalanan ke Edinburgh
Untuk perjalanan panjang ini, kami dibekalkan makanan ala kadar untuk mengalas perut dan ohya termasuk nasik lemak. Orang Malaysia pasti ada nasi lemak. Kereta menyusuri lebuhraya A1, lebuhraya utama sehingga ke utara UK. Merancang untuk berhenti di R&R ketika dalam perjalanan. Entah R&R mana, tapi dalam kepala ingin macam yang ada di Malaysia atau paling lekeh macam R&R yang berada di Perancis atau German. Di R&R boleh berhenti, makan, ke tandas dan macam-macam. Rupanya R&R di UK khususnya A1 (ke utara)  tidak seindah yang dikhayalkan. Kami tidak jumpa satu pun--ker ada, tapi kami terlepas, tidak pasti. Selepas beberapa jam, kesudahannya kami berhenti di perhentian lori. Rasanya hentian lori sebab kebanyakannya adalah lori di sini. Di sebelahnya adalah ladang gandum yang terbentang luas yang hijau kekuningan. Dari pengalaman mengembara di negara-negara lain, rasanya belum lagi saya jumpa R&R yang selesanya macam di Malaysia--siap ada kerusi urut okey di Malaysia, dan tandas yang sentiasa di cuci bersih. Bukan hendak puji, tapi itu hakikat. Puji melangit pun saya bukan dapat apa. Bila kita mengembara jauh di bumi asing, baru kita sedar akan hakikat ini dan kita mula menghargai apa yang ada di sekelilig kita dan kita rasa yang dekat itu cukup bernilai. Kekadang rasa sedikit bangga.


Pemandangan dari Arthur's Seat
Sudah sejam di sini, cuaca berangin dan sejuk mula menggigit kulit. Kami meneruskan perjalanan ke Edinburgh. Mata menikmati pemandangan cantik kiri dan kanan. Kami tiba di Edinburgh pada pertengahan petang kira-kira jam 3. Check-in hotel Travelodge. Tidak banyak aktiviti pada hari tiba. Badan sudah penat, mata sudah mengantuk. Untuk esok, Esok kami merancang untuk ke Arthur's Seat.

Pagi tiba, bersiap untuk ke Arthur's Seat. Tidak berapa jauh dari hotel, hanya kira-kira 30 minit. Mungkin ada yang bertanya apa itu Arthur's Seat? Arthur's Seat adalah puncak yang tertinggi di Edinburgh dan salah satu dari puncak-puncak yang popular di seluruh Scotland. Ia terletak di tengah-tengah bandar Edinburgh kira-kira 1.6 km dari Istana Edinburgh. Cantik dan menakjubkan. Itu penilaian peribadi saya. Tidak ada apa yang boleh menerangkan dengan baik--"Let the pictures talk for themselves".


Kaki puncak Arthur's Seat
Arthur's Seat

Arthur's Seat


Edinburgh sunset



R.A.S.H.I.D.I.SAID

Comments

Popular posts

Ingin mengembara ke Switzerland?

Pemandangan Switzerland dari langit Switzerland memang menjadi idaman mereka yang kaki melancong. Cantik dengan gunung-ganang dan tasik-tasik. Switzerland bukan sahaja popular dengan cokelat dan keju, tetapi Switzerland juga menjadi lokasi penggambaran filem-filem hebat antarabangsa -- Sangam; The Sound of Music; James Bond; Diwale; Crash Landing on You; video clip lagu " Jackpot " oleh Bastian Baker dannnn banyak lagi!! Saya hanya mampu berkongsi dengan rakan-rakan agar sedikit sebanyak dapat memberi gambaran  mengenai bumi Switzerland. Jauh sekali coretan saya yang hanya beberapa ribu perkataan ini dapat menandingi pengalaman anda sendiri di sana. Saya hanya dapat membantu memberi panduan dengan menulis. Pengalaman anda sendiri di Switzerland jauh lebih berharga. Jom! Saya banyak menerima pertanyaan dari rakan-rakan mengenai Switzerland. Terutamanya rakan-rakan di Malaysia. Antara soalan yang popular: (1) Apakah tempat menarik yang harus saya lawati di Switzer

Halal Journey in Geneve... the Halal Meat

As I mentioned in an earlier post, there are many Halal restaurants available in Geneve.  This is due to a very large Muslim community here be it expatriates, visitors or the local population.  In fact, if you walk anywhere in Geneve center, you will always encounter many Muslims especially women wearing Hijab.  Today, I will be sharing with you where to find Halal food ingredients (later I will share about restaurants).  Boucheries: for chicken (poulet), beef (beouf) and related products 1. Geneve centre Fresh products in Geneve is a little bit pricey as compared to those in France.  However, just in case, you need to buy in small portion, these places are available for you to find the products. (a) Kamel Halal Meat Sàrl , rue de Lausanne 55, 1202, Geneva , Switzerland Opening Hours:   Monday                  Tuesday                        Wednesday                Thursday                    Friday                             9am-12pm; 3-7pm    9am-12pm; 3

10 gunung di Switzerland yang best!

Creux du Van. (c) rashidisaid Jika setiap hari mendaki sebuah gunung di Switzerland, tempoh setahun masih belum mencukupi untuk menakluki semua gunung di Switzerland. Mungkin 2 tahun atau lebih. Begitulah gambaran bilangan gunung di Switzerland. Terdapat kira-kira 450 buah gunung di seluruh Switzerland yang terletak di sebelah kiri Banjaran Jura dan di sebelah kanan Banjaran Alps. 450 gunung ini mencakupi kira-kira 2/3 bentuk muka bumi Switzerland. Di tengah-tengah pula terbentang luas bukit-bukau Switzerland. Itu belum masuk lagi kira-kira 7,000 buah tasik (103 darinya adalah tasik bersaiz besar). Nanti kita cerita tentang tasik dan gunung ini. Bagaimana gunung dan tasik ini menjadi daya tarikan pelancong dari seluruh dunia untuk aktiviti-aktiviti seperti mendaki, "jungle trekking", berbasikal (gunung dan jalanan), mengembara dengan motosikal, aktiviti ski dan lain-lain. Banjaran ini dikongsi oleh 8 buah negara Eropah: Perancis, Monaco, Switzerland, Itali, Liechtenstein,