Creux de Champs keajaiban di Banjaran Alps

Air dari glasier yang cair mengalir turun melalui sungai
Hari ni sempena cuti Maal Hijrah (Selamat menyambut Maal Hijrah semua!), kitaorang ambil peluang hiking di Les Diablerets -- Creux de Champs di pergunungan Alps yang terletak di Canton Vaud. Tak berapa jauh dari rumah di Versoix kira-kita sejam dengan kereta.

Creux de Champ adalah salah satu daripada tujuh keajaiban di Les Diablerets. Pada musim sejuk ia adalah sebuah resort ski tapi pada musim panas tak kurang pula cantiknya. Boleh je nak enjoy permandangan cantik.

Kami meletakkan kenderaan di kawasan lapang bersebelahan dengan gelanggang tenis. Bermula dari Les Diablerets Tourist Office (i), kami ikuti jalan di sepanjang sungai ke Le Droutzay kemudian menuju ke hutan menuju Creux de Champ. Kira-kira 20 minit perjalanan, kemudian kami menyeberangi jambatan kecil dan aliran gunung untuk sampai ke jalan kaki yang lain. Kami terus menyusuri jalan hutan sehingga ke Van du Champs. Ketika menyusuri lorong-lorong kecil hutan dan ladang, boleh kedengaran dari jauh loceng-loceng leher kawanan lembu yang sedang meragut di padang rumput. Kadang-kadang kedengaran salakan anjing "sennenhund" (anjing gunung Switzerland) menyahut pengunjung yang lalu. Langit membiru dengan pacaran terik matahari memberikan satu refleksi yang menakjubkan pada rumput di ladang dan lereng gunung menjadi hijau kekuningan. Cantik!

Dari Van du Champs kita boleh menyusuri lorong batuan kecil sejauh kira-kira 1 km sehingga ke air terjun kecil yang mengalir turun dari glasier. Sebenarnya terdapat 28 air terjun di sini. Cantik, boleh nampak air mengalir turun dari dinding batuan gunung. Sekali sekala percikan air melayang ke kiri dan kanan ikut arah tiupan angin. Air yang mengalir terasa sejuk bila ditadah dengan tapak tangan dan sesekali disapu ke muka untuk mengurangkan perit sinar matahari summer. Warnanya juga sedikit kehijauan kerana ia adalah cairan ais ditambah dengan kandungan tinggi mineral dari gunung.

Bagi korang yang nak bercuti ke sini, boleh lawati website rasmi Les Diablerets di sini. Website sangat interaktif, boleh guna untuk rancang aktiviti di sini. Bandar-bandar yang berdekatan dengan Les Diablerets adalah Lausanne dan Montreux.






Comments

Popular posts

Ingin mengembara ke Switzerland?

Pemandangan Switzerland dari langit Switzerland memang menjadi idaman para pelancong dan pengembara. Cantik dengan gunung-ganang, tasik, dan bandar yang kaya dengan sejarah. Switzerland bukan sahaja popular dengan cokelat, keju dan jam, tetapi juga menjadi lokasi penggambaran filem-filem hebat dar luar -- Sangam; The Sound of Music; James Bond; Diwale; Crash Landing on You; video clip lagu " Jackpot " oleh Bastian Baker dan banyak lagi!! Saya nak berkongsi dengan pembaca agar tulisan ini dapat menjadi panduan sebelum menjejakkan kaki ke Switzerland. Saya banyak menerima pertanyaan dari rakan-rakan mengenai Switzerland. Terutamanya rakan-rakan di Malaysia. Soalan-soalan di bawah ni memang cukup popular: (1) Apakah tempat menarik yang harus saya lawati di Switzerland? (2) Bagaimana dengan penginapan? hotel di sana mahal atau tak? (3) Bagaimana cara mudah hendak ke Switzerland, melalui London? Paris? atau Amsterdam? (4) Bagaimana hendak bergerak dari satu tempat k

my journey

It has been quite sometime I haven't updated anything about what I've gone through beside travelling (not much!). I started my PhD journey three years ago since I have been offered a full scholarship by JPA. How fast the time flies. I have entered my 3 1/2 years. Semakin sampai di penghujung perjuangan PhD, semakin sibuk saya. Maaf kalau saya lambat menjawab semua pertanyaan di blog, facebook atau email.. Bukan niat saya, tapi disebabkan kesibukan menulis. Hobi-hobi biasa saya pun selalu ke laut. Hari ini saya bertemu dengan penyelia PhD saya. Bincang kerja-kerja yang dah siap (sebab janji nak siapkan). Lepas bentang, "OK awak dah boleh cuti :D"...ke Krabi kita minggu ini. yahooo! R.A.S.H.I.D.ISAID

Halal Journey in Geneve... the Halal Meat

As I mentioned in an earlier post, there are many Halal restaurants available in Geneve.  This is due to a very large Muslim community here be it expatriates, visitors or the local population.  In fact, if you walk anywhere in Geneve center, you will always encounter many Muslims especially women wearing Hijab.  Today, I will be sharing with you where to find Halal food ingredients (later I will share about restaurants).  Boucheries: for chicken (poulet), beef (beouf) and related products 1. Geneve centre Fresh products in Geneve is a little bit pricey as compared to those in France.  However, just in case, you need to buy in small portion, these places are available for you to find the products. (a) Kamel Halal Meat Sàrl , rue de Lausanne 55, 1202, Geneva , Switzerland Opening Hours:   Monday                  Tuesday                        Wednesday                Thursday                    Friday                             9am-12pm; 3-7pm    9am-12pm; 3