Bila salji turun

Bila di Switzerland, salji turun adalah satu nikmat. Masih ingat hari pertama ketika tahun pertama di Geneva, salji turun pada waktu tengah malam. Dari samar-samar cahaya lampu di depan rumah, dapat lihat dari tingkap salji seputih kapas turun dari langit. Sekali-sekala titis-titis salji berterbangan ke kiri dan kanan ditiup angin. Esok pagi bila bangun untuk ke pejabat, luar rumah kelihatan putih kesemuanya--pokok, rumah, kereta, jalan raya semua dilitupi salji tebal.

Bila salji turun pada waktu pejabat dan bila habis waktu bekerja, dalam perjalanan pulang ke rumah terlihat beberapa buah kereta terbabas di "roundabout". Kereta terbabas masuk ke dalam semak sebab jalan licin.

Bila cuti hujung minggu, saya dan jiran-jiran dari Malaysia mencari lokasi sesuai untuk bermain salji. Bukan anak-anak sahaja tapi juga ibu bapa. Bukan orang Malaysia sahaja yang main tau, mat saleh pun sama OK...hahaha. Biar gambar sahaja berbicara.

Ini gambar-gambar di  pekan Versoix, sebuah pekan kecil di Canton Geneva, dekat dengan sempadan Perancis.


Ini sebenarnya adalah padang bola
Syed & Win kini di Pejabat Perdagangan Malaysia, Singapura
"Akula Matiau" kini bertugas di Kedutaan Malaysia, Tokyo
Johan & Sherry kini di Perwakilan Malaysia ke PBB, New York





Comments

  1. adakah semua tempat di swiss akan dilitupi salji?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..mungkin masa saja berbeza. Yang dekat dengan Banjaran Alps dan Jura akan salji dulu.

      Delete
  2. Kalau di area engelberg nak ke gunung titlis situ berapa kadar masuk..? Ada cable car kan utk ke atas sana.. Dan satu lgi adakh aktiviti di atas gunung titlis tu termasuk sekli dgn hrga tiket cable car dri engelbergh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ada cable car. Rate pergi balik dlm CHF90. Tapi kalau ada swiss travel pass dapat 50% discount. Aktiviti yg ada selain tengok panorama hanya main sled (lungsur salji). Peralatan kena sewa dlm CHF20.

      Delete
  3. masya Allah ...
    best nya...

    semoga satu hari nanti dapat sampai ke sana
    Insya Allah

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas mesej anda. Saya akan menjawab mesej anda seberapa segera. Stay safe!

Thank you for your message. I will attend to your messages soonest possible. Stay safe!

Popular posts

Ingin mengembara ke Switzerland?

Pemandangan Switzerland dari langit Switzerland memang menjadi idaman mereka yang kaki melancong. Cantik dengan gunung-ganang dan tasik-tasik. Switzerland bukan sahaja popular dengan cokelat dan keju, tetapi Switzerland juga menjadi lokasi penggambaran filem-filem hebat antarabangsa -- Sangam; The Sound of Music; James Bond; Diwale; Crash Landing on You; video clip lagu " Jackpot " oleh Bastian Baker dannnn banyak lagi!! Saya hanya mampu berkongsi dengan rakan-rakan agar sedikit sebanyak dapat memberi gambaran  mengenai bumi Switzerland. Jauh sekali coretan saya yang hanya beberapa ribu perkataan ini dapat menandingi pengalaman anda sendiri di sana. Saya hanya dapat membantu memberi panduan dengan menulis. Pengalaman anda sendiri di Switzerland jauh lebih berharga. Jom! Saya banyak menerima pertanyaan dari rakan-rakan mengenai Switzerland. Terutamanya rakan-rakan di Malaysia. Antara soalan yang popular: (1) Apakah tempat menarik yang harus saya lawati di Switzer

my journey

It has been quite sometime I haven't updated anything about what I've gone through beside travelling (not much!). I started my PhD journey three years ago since I have been offered a full scholarship by JPA. How fast the time flies. I have entered my 3 1/2 years. Semakin sampai di penghujung perjuangan PhD, semakin sibuk saya. Maaf kalau saya lambat menjawab semua pertanyaan di blog, facebook atau email.. Bukan niat saya, tapi disebabkan kesibukan menulis. Hobi-hobi biasa saya pun selalu ke laut. Hari ini saya bertemu dengan penyelia PhD saya. Bincang kerja-kerja yang dah siap (sebab janji nak siapkan). Lepas bentang, "OK awak dah boleh cuti :D"...ke Krabi kita minggu ini. yahooo! R.A.S.H.I.D.ISAID

Halal Journey in Geneve... the Halal Meat

As I mentioned in an earlier post, there are many Halal restaurants available in Geneve.  This is due to a very large Muslim community here be it expatriates, visitors or the local population.  In fact, if you walk anywhere in Geneve center, you will always encounter many Muslims especially women wearing Hijab.  Today, I will be sharing with you where to find Halal food ingredients (later I will share about restaurants).  Boucheries: for chicken (poulet), beef (beouf) and related products 1. Geneve centre Fresh products in Geneve is a little bit pricey as compared to those in France.  However, just in case, you need to buy in small portion, these places are available for you to find the products. (a) Kamel Halal Meat Sàrl , rue de Lausanne 55, 1202, Geneva , Switzerland Opening Hours:   Monday                  Tuesday                        Wednesday                Thursday                    Friday                             9am-12pm; 3-7pm    9am-12pm; 3