Musim beku Geneva. Mak ai!

Teringat beberapa tahun dulu, tahun 2012. Gambar-gambar yang beredar seluruh dunia mengenai cuaca sejuk ekstrem di Geneva. Gambar kerusi, pokok, bot, kereta, basikal, jalan raya yang semuanya dilutupi ais. Gambar-gambar ini kebanyakannya diambil di pekan kecil kami -- pekan Versoix. Sebuah pekan kecil yang terletak di pinggir Tasik Geneva, yang hanya ada sebuah bank, sebuah farmasi, sebuah sekolah kebangsaan, sebuah kilang cokelat dan sebuah pasar mini (seperti Speedmart).

Rumah kami di Versoix kira-kira 10 minit dengan berjalan kaki dari tepi Tasik Geneva. Pada hujung minggu, di pekan itulah tempat kami menikmati breakfast capuccino, croissant, dan chocolate cakes di sebuah cafe pada musim panas. Itu sahaja yang boleh dimakan. Sesekali teringat roti canai, nasi lemak dan teh tarik. Rindu tanahair. Bila petang, di pekan ini juga kami sekeluarga duduk menghadap tasik sambil menikmati bunyi trumpet Switzerland atau memberi roti pada burung dan itik mullad. Bila masuk musim sejuk, nak berdiri 5 minit di tepi tasik pun tak tahan. Baik duduk dalam rumah bawah heater :D. Bila cuaca sejuk ekstrem datang, inilah hasilnya!

Nak share sikit gambar-gambar tu.

Pekal kecil Versoix









(Pictures copyright: Reuters)

Comments

Popular posts

Ingin mengembara ke Switzerland?

Pemandangan Switzerland dari langit Switzerland memang menjadi idaman mereka yang kaki melancong. Cantik dengan gunung-ganang dan tasik-tasik. Switzerland bukan sahaja popular dengan cokelat dan keju, tetapi Switzerland juga menjadi lokasi penggambaran filem-filem hebat antarabangsa -- Sangam; The Sound of Music; James Bond; Diwale; Crash Landing on You; video clip lagu " Jackpot " oleh Bastian Baker dannnn banyak lagi!! Saya hanya mampu berkongsi dengan rakan-rakan agar sedikit sebanyak dapat memberi gambaran  mengenai bumi Switzerland. Jauh sekali coretan saya yang hanya beberapa ribu perkataan ini dapat menandingi pengalaman anda sendiri di sana. Saya hanya dapat membantu memberi panduan dengan menulis. Pengalaman anda sendiri di Switzerland jauh lebih berharga. Jom! Saya banyak menerima pertanyaan dari rakan-rakan mengenai Switzerland. Terutamanya rakan-rakan di Malaysia. Antara soalan yang popular: (1) Apakah tempat menarik yang harus saya lawati di Switzer

Tasik-tasik best di Switzerland

Tasik Geneva (c)rashidisaid Switzerland memang mempesonakan disebabkan pemandangan yang penuh dengan pergunungan.  Jika sebelum ini saya dah kongsi tentang gunung-ganang Switzerland, kali ini nak kongsi dengan korang tentang tasik pula. Seperti juga gunung, Switzerland tidak bermakna tanpa tasik. Tasik adalah sumber air utama populasi Switzerland disebabkan Switzerland adalah negara daratan (landlocked) tidak mempunyai laut. Sebab itu rakyat Switzerland sangat-sangat memelihara tasik diorang dari tercemar. Nak nampak sampah terapung dalam tasik pun susah. Switzerland memiliki kira-kira 7,000 buah tasik yang mana 103 darinya adalah tasik bersaiz besar . Ini antara tasik yang best yang korang boleh melawat, santai, duduk, baring, lelap, makan, berkelah, ambil selfie dan wefie, mandi, berjemur, menaiki bot dan sebagainya. Memang indah dengan pemandangan pelbagai tasik yang menakjubkan. Tasik Geneva atau Lac Léman dalam Bahasa Perancis Tasik Geneva sepanjang 100km (c)ras

10 gunung di Switzerland yang best!

Creux du Van. (c) rashidisaid Jika setiap hari mendaki sebuah gunung di Switzerland, tempoh setahun masih belum mencukupi untuk menakluki semua gunung di Switzerland. Mungkin 2 tahun atau lebih. Begitulah gambaran bilangan gunung di Switzerland. Terdapat kira-kira 450 buah gunung di seluruh Switzerland yang terletak di sebelah kiri Banjaran Jura dan di sebelah kanan Banjaran Alps. 450 gunung ini mencakupi kira-kira 2/3 bentuk muka bumi Switzerland. Di tengah-tengah pula terbentang luas bukit-bukau Switzerland. Itu belum masuk lagi kira-kira 7,000 buah tasik (103 darinya adalah tasik bersaiz besar). Nanti kita cerita tentang tasik dan gunung ini. Bagaimana gunung dan tasik ini menjadi daya tarikan pelancong dari seluruh dunia untuk aktiviti-aktiviti seperti mendaki, "jungle trekking", berbasikal (gunung dan jalanan), mengembara dengan motosikal, aktiviti ski dan lain-lain. Banjaran ini dikongsi oleh 8 buah negara Eropah: Perancis, Monaco, Switzerland, Itali, Liechtenstein,