Ingin mengembara ke Switzerland?
Pemandangan Switzerland dari langit Switzerland memang menjadi idaman mereka yang kaki melancong. Cantik dengan gunung-ganang dan tasik-tasik. Switzerland bukan sahaja popular dengan cokelat dan keju, tetapi Switzerland juga menjadi lokasi penggambaran filem-filem hebat antarabangsa -- Sangam; The Sound of Music; James Bond; Diwale; Crash Landing on You; video clip lagu " Jackpot " oleh Bastian Baker dannnn banyak lagi!! Saya hanya mampu berkongsi dengan rakan-rakan agar sedikit sebanyak dapat memberi gambaran mengenai bumi Switzerland. Jauh sekali coretan saya yang hanya beberapa ribu perkataan ini dapat menandingi pengalaman anda sendiri di sana. Saya hanya dapat membantu memberi panduan dengan menulis. Pengalaman anda sendiri di Switzerland jauh lebih berharga. Jom! Saya banyak menerima pertanyaan dari rakan-rakan mengenai Switzerland. Terutamanya rakan-rakan di Malaysia. Antara soalan yang popular: (1) Apakah tempat menarik yang harus saya lawati di Switzer