Suatu Pagi Sabtu

Pagi Sabtu :: Kajang, seperti kebiasaan Sabtu, jika kelapangan, jika tiada apa-apa perancangan pada pagi tu, kami keluar bersarapan. Merayaulah mencari menu sarapan yang biasanya ikut selera pada pagi itu. Kalau ada masa, pandu jauh sedikit dari "kedai atas bukit" atau "gerai tepi longkang" yang menjadi kebiasaan. 
Sek. Keb. Saujana Impian 2, Kajang, Selangor

Selesai sarapan, kami ke sekolah untuk menyelesaikan urusan pembelian buku-buku sekolah. Banyak juga buku-buku yang perlu dibeli dan ini bermakna juga anak-anak akan memikul buku-buku macam memikul batu-batu di dalam beg. Bermakna juga akan berseretan beg-beg masuk ke dalam rumah. "Kenapa diseret beg?". "Berat" jawabnya seperti kebiasaan. Itu Alya Nur, anak bongsu yang darjah satu. Besar beg sama dengan saiz tuannya. Teringat zaman kami-kami dulu, buku yang dibawa ke sekolah hanya buku teks dan sebiji buku tulis bagi setiap subjek. Tidak ada buku tambahan, buku i-think, buku latihan dan buku yang bermacam bagai. Mungkin zaman dah berlalu kot. Hendak anak-anak menjadi lebih pandai dan cerdik, buku kena lebih banyak. Lagi banyak buku lagi bijak, pandai dan cerdik. Itu mungkin ukuran sekarang. Wallahualam. Kos buku RM300 lebih. Macamana bagi ibubapa yang susah? Gaji bulanan RM500? teringat juga pada masa itu, mana mereka nak korek duit kan. Nak buat macamana, hanya boleh bersimpati. Ohya, saya kenal satu kejiranan ayah dan ibu saya, orang susah, bapa kerja buruh kasar, ibu suri rumah. Pakaian sekokah yang masih elok, saya sedekahkan kepada keluarga ini. Dengan harapan persekolahan baru tidak begitu menghimpit. Itu tahun lepas, tahun ini bagaimana mereka? *terfikir*.


Setelah selasai urusan buku, entah hendak ke mana. Balik rumah? Merayap ke mall? Makan lagi? "Kita ke KLCC". "OK juga, sudah lama tak pergi". Macam itu lah kami. Jarang sangat buat perancangan sempurna sebab bila merancang mungkin juga tidak kesampaian. Macam ke Kluang tempohari. Malam sebelum itu buat keputusan, "Esok kita ke Kluang?". Packing malam itu juga, esok sesudah subuh bergerak ke Kluang. Masa di Geneva pun begitu juga. Malam itu juga buat keputusan, "Kita bergerak malam ini lah ke Paris". Dalam cuaca sejuk bersalji. Konon hendak ikut jalan pintas laluan Banjaran Jura yang sebiji lampu jalan pun tiada, gelap gelita tanpa setitik cahaya pun kecuali lampu kenderaan kami. Jalan macam naik ke Cameron Highland melalui tapah. Laluan Jura yang sempit tiba-tiba dipenuhi salji putih dan tebal sudah jadi seperti padang bola. Mana jalannya pun sudah tidak pasti. Traktor penyodok salji tiba dengan taburan air garam, kami ikut belakang perlahan. Bila ruang lorong dibuka, kami ikut laluan kami sendiri, melalui pekan-pekan kecil memasuki sempadan Perancis. Memang berani mati punya. Padan muka! haha. Tapi, Alhamdulilah selamat sampai juga.



Goji Bundy catatan Riduan. A.Dulah
Nak buat apa di KLCC? Tak tahu juga. Ikut kaki yang melangkah. Tempat yang biasa pergi adalah kedai buku Konikuniya yang besar macam perpustakaan. Jadi kaki melangkah ke situ. Nak beli buku apa? Tak pasti. Ikut kaki yang melangkah, tangan yang membelek dan mata yang memandang kiri dan kanan, dari rak atas hingga ke bawah. 

Buku pertama "Goji Bundy", entah kenapa kaki sampai ke buku ini. Pegang, selak muka pertama dan baca review "Perjalanan bawa hati yang survivor! berani mati", lagi "Setiap kelukaan mempunyai punca bermula. Setiap bermula ada titik akhirnya". Macam tragis bunyinya. Buku travelog catatan perjalanan anak muda yang mengembara ke Australia dengan membawa hati yang luka kerana putus tunang. Pengalaman yang dikutip semasa bermusafir di bumi Australia selama 3 bulan. Macam pengalaman saya pula *senyum*, cuma bezanya saya tidak lari, merajuk, dan membawa diri walaupun kisah saya rasanya lebih tragis dari dia. Betul tak tipu. Itu 16 tahun dulu, sudah boleh masuk arkib negara. Untuk kisah "Goji Bundy", janganlah diikut langkahnya tapi belajar dari pengalamannya. Saya kata begitu, begitu juga Riduan (penulis). Saya ambil buku ini.


Mata terpandang lagi pada sebuah buku nukilan ilmuan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. MAZA), "Aku Ingin Kembara Lagi". Buku catatan beliau semasa mengembara ke tanah UK selama hampir setahun semasa berlaku beberapa krisis dalam negara yang melibatkan beliau. Beliau menulis "Saya ingin terus mengembara melihat dunia ini dan memahami banyak perkara. Mungkin ada yang telah saya faham, namum belum merasai dan mengalaminya sendiri". Saya juga ambil buku ini, sebagai koleksi kedua setelah "Travelog Minda Tajdid" yang juga ditulis oleh beliau.



Aku Ingin Kembara Lagi catatan Dr. MAZA
Semua travelog catatan penulis-penulis yang mengembara di seluruh pelusuk dunia mengutip pengalaman, mencari erti nilai-nilai hidup dan dikongsi bersama pembaca. Mengapa mereka mengembara? Ada punca bagi setiap satunya. Nanti saya cerita.

Entahlah kenapa saya suka sangat dengan catatan travelog. Travelog bukan kisah novel, bukan mitos, bukan khayalan, tapi catatan realiti. Mungkin juga kena dengan diri saya, walaupun sedikit. Saya anak kampung yang berasal dari pedalaman Kedah membesar di beberapa negeri, bersekolah dari satu negeri ke negeri lain. Bersahabat dengan kenalan lama, berkawan dengan kenalan baru dan begitulah seterusnya, berkawan dan bersahabat. Saya bukanlah pelajar cemerlang sangat *senyum lagi* tapi Alhamdulillah suka bila abah dapat naik ke pentas bila nama saya dipanggil sebagai pelajar Ekonomi terbaik sekolah. Pada masa itu saya sedang mengharungi kehidupan kampus. Abah tentu bangga pada masa itu walaupun saya tidak dapat melihat senyuman abah pada masa itu. Itu sahaja yang saya mampu buat abah bangga, yang saya tahu.


Saya yang telah mengembara sehingga sekecil-kecil benua dan sejauh-jauh negara, pernah terkandas keseorangan di bumi Argentina selama 4 hari akibat letusan gunung berapi yang menyebabkan kebanyakkan penerbangan dibatalkan untuk ke negera-negara lain benua Amerika, dengan US dollar yang cukup-cukup makan untuk 2 minggu untuk ke negara destinasi seterusnya. Dalam fikiran pada masa itu, berapa lama saya akan di sini? "When is the next available flight". "We can't confirm. We will update you sir". Jawapan yang sama dari hari pertama saya terkandas di sini. Sudah hendak masuk hari keempat. Jadi sekarang, patah balik ke Malaysia atau meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju? Cukup cemas tapi saya survive. Ketentuan Allah juga. Caranya sama tapi kisahnya berbeza.


R.A.S.H.I.D.I.SAID

Comments

Popular posts

Ingin mengembara ke Switzerland?

Pemandangan Switzerland dari langit Switzerland memang menjadi idaman mereka yang kaki melancong. Cantik dengan gunung-ganang dan tasik-tasik. Switzerland bukan sahaja popular dengan cokelat dan keju, tetapi Switzerland juga menjadi lokasi penggambaran filem-filem hebat antarabangsa -- Sangam; The Sound of Music; James Bond; Diwale; Crash Landing on You; video clip lagu " Jackpot " oleh Bastian Baker dannnn banyak lagi!! Saya hanya mampu berkongsi dengan rakan-rakan agar sedikit sebanyak dapat memberi gambaran  mengenai bumi Switzerland. Jauh sekali coretan saya yang hanya beberapa ribu perkataan ini dapat menandingi pengalaman anda sendiri di sana. Saya hanya dapat membantu memberi panduan dengan menulis. Pengalaman anda sendiri di Switzerland jauh lebih berharga. Jom! Saya banyak menerima pertanyaan dari rakan-rakan mengenai Switzerland. Terutamanya rakan-rakan di Malaysia. Antara soalan yang popular: (1) Apakah tempat menarik yang harus saya lawati di Switzer

Tasik-tasik best di Switzerland

Tasik Geneva (c)rashidisaid Switzerland memang mempesonakan disebabkan pemandangan yang penuh dengan pergunungan.  Jika sebelum ini saya dah kongsi tentang gunung-ganang Switzerland, kali ini nak kongsi dengan korang tentang tasik pula. Seperti juga gunung, Switzerland tidak bermakna tanpa tasik. Tasik adalah sumber air utama populasi Switzerland disebabkan Switzerland adalah negara daratan (landlocked) tidak mempunyai laut. Sebab itu rakyat Switzerland sangat-sangat memelihara tasik diorang dari tercemar. Nak nampak sampah terapung dalam tasik pun susah. Switzerland memiliki kira-kira 7,000 buah tasik yang mana 103 darinya adalah tasik bersaiz besar . Ini antara tasik yang best yang korang boleh melawat, santai, duduk, baring, lelap, makan, berkelah, ambil selfie dan wefie, mandi, berjemur, menaiki bot dan sebagainya. Memang indah dengan pemandangan pelbagai tasik yang menakjubkan. Tasik Geneva atau Lac Léman dalam Bahasa Perancis Tasik Geneva sepanjang 100km (c)ras

Halal Journey in Geneve... the Halal Meat

As I mentioned in an earlier post, there are many Halal restaurants available in Geneve.  This is due to a very large Muslim community here be it expatriates, visitors or the local population.  In fact, if you walk anywhere in Geneve center, you will always encounter many Muslims especially women wearing Hijab.  Today, I will be sharing with you where to find Halal food ingredients (later I will share about restaurants).  Boucheries: for chicken (poulet), beef (beouf) and related products 1. Geneve centre Fresh products in Geneve is a little bit pricey as compared to those in France.  However, just in case, you need to buy in small portion, these places are available for you to find the products. (a) Kamel Halal Meat Sàrl , rue de Lausanne 55, 1202, Geneva , Switzerland Opening Hours:   Monday                  Tuesday                        Wednesday                Thursday                    Friday                             9am-12pm; 3-7pm    9am-12pm; 3