Raja dan sebutir biji benih

Di sebuah negara, tibalah masanya untuk seorang raja yang sudah tua untuk turun dari tahta. Raja tersebut membuat keputusan untuk tidak melantik pewaris dari kalangan anak-anak baginda atau sahabat seperti kebiasaanya. Raja tersebut membuat keputusan untuk melantik dari kalangan rakyat jelata. Pada suatu hari, raja tersebut memanggil anak-anak muda ke istana dan berkata “Memandangkan usia beta yang sudah tua, beta rasa sudah tiba masanya untuk beta turun dari tahta dan melantik salah seorang dari kamu bagi menggantikan tempat beta. Pada hari ini, beta akan memberi sebutir biji benih yang sangat istimewa. Beta mahu setiap seorang dari kamu menyemai biji benih ini dan dan tunjukkan pada beta pohon tersebut dalam tempoh setahun yang akan datang. Beta akan melantik salah seorang dari kalangan kamu berdasarkan pohon yang kamu bawa”.

Maka pulanglah anak-anak muda ke rumah dengan masing-masing dengan membawa sebutir biji benih. Salah seorang pemuda tersebut bernama Ling. Apabila Ling tiba di rumah, maka diceritakan kisah tersebut kepada ibunya. Ibu Ling membantu mencari pasu dan tanah yang sesuai. Maka ditanam dan disiram oleh Ling biji benih tersebut setiap hari. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, tetapi biji benih tersebut masih juga belum tumbuh. Ling sangat susah hati dan kecewa apabila rakan-rakan mula bercerita tentang kehijauan tumbuhan masing-masing. Sungguh cepat masa berlalu lima bulan, enam bulan dan seterusnya. Ling tahu dia telah gagal! Rakan-rakan Ling terus bercerita tentang tumbuhan masing-masing. Kini, telah setahun masa berlalu.

Ling berasa sungguh kecewa dan memberi tahu ibunya bahawa dia tidak akan ke istana dengan membawa pasu yang kosong. Atas nasihat ibunya agar tabah menghadapi apa yang berlaku, Ling pergi juga ke istana membawa pasu yang kosong. Bertambah kecewa hati Ling apabila melihat tanaman anak-anak muda lain yang subur dan menghijau. Semua memandang Ling dengan pandangan yang sinis dan ada juga yang ketawa.

Raja yang tiba sangat kagum melihat tanaman anak-anak muda tersebut dan berkata “Pada hari ini beta akan melantik salah seorang dari kalangan kamu untuk menggantikan tempat beta”. Raja tersebut tiba-tiba terpandang seorang anak muda yang berwajah sugul dengan memegang pasu yang kosong. Ling kelihatan gementar dan kerana beranggapan raja tersebut mungkin akan menjatuhkan hukuman bunuh kerana dia telah gagal. Raja tersebut berkata “Siapa kamu dan kenapa wajah kamu kelihatan sangat sedih wahai anak muda?”.

Ling menjawab, “Nama patik Ling”, sambil memegang pasu yang kosong. Mereka terus mentertawakan Ling. Raja memandang Ling buat seketika dan berkata “Pada hari ini, anak muda ini adalah raja kamu yang baru! Nama beliau adalah Ling!”. Ling sungguh terkejut, bagaimana seorang raja boleh melantik seseorang yang telah gagal.

Raja tersebut berkata, “Setahun lalu, beta telah berikan sebutir biji benih untuk kamu tanam, siram dan baja, dan kamu telah tunjukkan pada beta pada hari ini. Tetapi apa yang beta berikan pada kamu adalah biji-biji benih yang beta telah rebus yang tidak mungkin akan tumbuh. Kamu semua telah tunjukkan ada beta tumbuhan masing-masing kecuali Ling. Apabila kamu dapati biji benih tersebut tidak tumbuh seperti yang diharapkan, kamu menggantikannya  dengan yang lain. Ling satu-satunya anak muda yang jujur dan berani membawa pasu yang kosong. Oleh itu, Linglah yang paling layak menggantikan tempat beta!”.


R.A.S.H.I.D.I.SAID


Comments

Popular posts

Ingin mengembara ke Switzerland?

Pemandangan Switzerland dari langit Switzerland memang menjadi idaman mereka yang kaki melancong. Cantik dengan gunung-ganang dan tasik-tasik. Switzerland bukan sahaja popular dengan cokelat dan keju, tetapi Switzerland juga menjadi lokasi penggambaran filem-filem hebat antarabangsa -- Sangam; The Sound of Music; James Bond; Diwale; Crash Landing on You; video clip lagu " Jackpot " oleh Bastian Baker dannnn banyak lagi!! Saya hanya mampu berkongsi dengan rakan-rakan agar sedikit sebanyak dapat memberi gambaran  mengenai bumi Switzerland. Jauh sekali coretan saya yang hanya beberapa ribu perkataan ini dapat menandingi pengalaman anda sendiri di sana. Saya hanya dapat membantu memberi panduan dengan menulis. Pengalaman anda sendiri di Switzerland jauh lebih berharga. Jom! Saya banyak menerima pertanyaan dari rakan-rakan mengenai Switzerland. Terutamanya rakan-rakan di Malaysia. Antara soalan yang popular: (1) Apakah tempat menarik yang harus saya lawati di Switzer

Tasik-tasik best di Switzerland

Tasik Geneva (c)rashidisaid Switzerland memang mempesonakan disebabkan pemandangan yang penuh dengan pergunungan.  Jika sebelum ini saya dah kongsi tentang gunung-ganang Switzerland, kali ini nak kongsi dengan korang tentang tasik pula. Seperti juga gunung, Switzerland tidak bermakna tanpa tasik. Tasik adalah sumber air utama populasi Switzerland disebabkan Switzerland adalah negara daratan (landlocked) tidak mempunyai laut. Sebab itu rakyat Switzerland sangat-sangat memelihara tasik diorang dari tercemar. Nak nampak sampah terapung dalam tasik pun susah. Switzerland memiliki kira-kira 7,000 buah tasik yang mana 103 darinya adalah tasik bersaiz besar . Ini antara tasik yang best yang korang boleh melawat, santai, duduk, baring, lelap, makan, berkelah, ambil selfie dan wefie, mandi, berjemur, menaiki bot dan sebagainya. Memang indah dengan pemandangan pelbagai tasik yang menakjubkan. Tasik Geneva atau Lac Léman dalam Bahasa Perancis Tasik Geneva sepanjang 100km (c)ras

10 gunung di Switzerland yang best!

Creux du Van. (c) rashidisaid Jika setiap hari mendaki sebuah gunung di Switzerland, tempoh setahun masih belum mencukupi untuk menakluki semua gunung di Switzerland. Mungkin 2 tahun atau lebih. Begitulah gambaran bilangan gunung di Switzerland. Terdapat kira-kira 450 buah gunung di seluruh Switzerland yang terletak di sebelah kiri Banjaran Jura dan di sebelah kanan Banjaran Alps. 450 gunung ini mencakupi kira-kira 2/3 bentuk muka bumi Switzerland. Di tengah-tengah pula terbentang luas bukit-bukau Switzerland. Itu belum masuk lagi kira-kira 7,000 buah tasik (103 darinya adalah tasik bersaiz besar). Nanti kita cerita tentang tasik dan gunung ini. Bagaimana gunung dan tasik ini menjadi daya tarikan pelancong dari seluruh dunia untuk aktiviti-aktiviti seperti mendaki, "jungle trekking", berbasikal (gunung dan jalanan), mengembara dengan motosikal, aktiviti ski dan lain-lain. Banjaran ini dikongsi oleh 8 buah negara Eropah: Perancis, Monaco, Switzerland, Itali, Liechtenstein,